Thursday, October 28, 2010

Taklimat Praktikum

Hari ni ada taklimat praktikum yang disampaikan oleh Dr Zahari. Best sgt dengan lawak2 dia tu.. Maybe hari ni hari last aku jumpa Min sebab lepas ni dah cuti..Apa perasaan aku??? Sebenarnya aku sedih sebab tak dapat memiliki hatinya.Aku dah berputus asa. Aku dah berputus harapan padanya. Sekarang hati aku yang sedang menderita. Xda siapa nak tolong aku.

"Ya Allah, bantulah aku..Hanya kepadaMu tempat aku memohon pertolongan. Sesungguhnya aku sangat terdesak. Masa aku dah singkat sebab kami akan tamat pengajian, Lepas ni aku dah takkan jumpa Min lagi. "

Memang aku sedang cuba yakinkan hati aku ni yang Min tu bukan jodok aku.. Bukan diciptakan untuk aku. Min xpernah suka dan cintakan aku, Min xsayang aku..Aku memang nak lupakan dia tapi susah..susah sangat. Setiap kali aku cuba nak lupakan dia hati aku jadi sebak, perasaan aku xtenang...
Aku akan terus cuba lupakan Min..memang aku dengan dia xda harapan. Perlu ke aku pi jumpa Min? aku takut. aku pasti aku akan menangis sepuas-puasnya dan paksa dia terima aku. Aku nak sangat jumpa Min, tapi nak cakap apa..dia mesti tak layan aku. Ntah2 dia bawak makwe dia jumpa aku sekali...Lepas ni aku xnak suka atau minat sape2 lagi..aku xnak hati aku terus dikecewakan. Aku tau aku xlayak buat sapa2.  Buruknya aku ni sampai xda orang yang suka..xpa la, sekurang-kurangnya aku ada kerjaya sendiri nnt. Tapi hati aku mesti sedih tgk kawan-kawan lain ada suami, ada anak, hidup bahagia dan dipenuhi dengan kasih sayang. Tapi aku hidup keseorangan. Mmg mati nnt kita akan keseorangan tp sebelum mati aku pun nak mengecapi kehidupan bahagia jugak. Aku dah menjadi seorang anak, aku dah menjadi seorang pelajar, aku dah menjadi seorang mahasiswa dan
aku bakal menjadi serang graduan Universiti Awam
aku bakal menjadi seorang guru
Aku pun teringin jgk nak jadi :
seorang kekasih kepada insan yang aku cintai
seorang isteri kepada insan yang aku cintai
seorang ibu kepada anak-anak suami aku nnt.
Aku pun nak hidup bahagia mcm org lain jgk..
mak aku mesti nak tgk aku bahagia..Takkan dia xteringin nak tgk aku kawen? xkan dia tak teringin nak wat kenduri kat umah dia...
Boleh ke aku gapai semua impian aku ye...???
nak je aku bgtau kat mak yang xda org pun sudi kat anak dia nie..mesti dia sedih kalau dia tau anak dia selama ni menyembunyikan kesedihan dan kekecewaan yang dialami.
Aku nak lauhkan segalanya tapi xtau pada siapa..
Kalau masa arwah abah tgh sakit teruk dulu nak je aku peluk dia kuat2 n nangis kat bahu dia supaya segala penderitaan, kekecewaan, dan kesedihan aku dapat dikurangkan.

"Ya Allah, bantulah aku memenangi hati Azmin. Engkau yang Maha Berkuasa ke atas semua makhluk di muka bumi ini."

Wednesday, October 27, 2010

Sakit Pinggang

Pinggang aku dah semakin sakit sejak 3 hari lepas.. xtau sebab apa..maybe nak period kot tp due date lmbt lagi.
kan bagus kalau ada org bawak aku pi klinik. Kan bgs kalau ada org tnya
"nape sakit pinggang????mkn la ubat ye... rehat2 la ye.." dan sebagainya lagi..
At least terubat juga hati ini. Tp pada siapa aku nak bgtau??kat Min? dia bukan nak balas pun msg aku..
dia xpernah pikir pun pasal aku... Aku bukan ada tempat dihatinya. kalau aku masuk wad pun bukan dia yang nak pi tgk...nasib baik aku ada kwn2..dorg la yang dok menjaga hati aku selama ni..
Semakin sakit plak pinggang aku ni...berdenyut-denyut...

Hadiah Buat Teman..

Alhamdulillah,dah siap movie maker yang aku nak buatkan utk kawan-kawan aku.
Aku harap dorang suka dan terima dengan hati yang terbuka. Walaupun dalam video tu mmg byk muka aku n kwn2 yang rapat dgn aku jer.. hehehe..
kalau dorang xske pun dorang punya pasal la..ADA AKU KESAH!!!!! 
Gambar budak2 lelaki plak ada skit je...penat buat ni...

Tuesday, October 26, 2010

Nelly Ixora.blogspot.com...

I know u nelly ixora...hehehehhe
bukan xnak update blog tp skrg ni aku masih bz wat movie maker...
ini merupakan hadiah aku buat kwn2 semua..
harap ianya menjadi satu kenangan yang terindah..
Saat kita berduka, sahabatlah org yang selalu berada disisi kita.
Btol kata wan Besut, 

" Persahabatan seperti tangan dan mata
saat tangan terluka, mata akan menangis,
saat mata menangis, tanganlah yang mengesat air mata tersebut,"

Begitulah erti persahabatan.. saling memerlukan antara satu sama lain.
tapi, kalau mata menangis tangan yang kesat air mata tersebut... macam mana 
plak kalau hati yang menangis???? Sape nak kesatkan air mata hati tersebut????


Monday, October 25, 2010

Kehilangan Insan yang disayangi

Assalamualaikum semua yang membaca blog...
Hari ini merupakan hari yang paling sedih buat kawan baik aku iaitu Shakinah Kamaruddin sebab baru sahaja kehilangan ibu tersayang.. Aku harap kinah sabar dalam menempuh dugaan dan ujian ini. 
Aku juga pernah merasainya suatu ketika dulu iaitu saat kematian abah. sedih bila kenangkan penderitaan yang ditanggung selama bertahun-tahun dan pada tahun 2004 sakit abah sampai ke kemuncak hingga dia menghembuskan nafas terakhir.
Kalaulah aku tau yang dia akan pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya, tentu aku akan menemaninya setiap masa di hospital. Aku akan terus bersabar dengan karenahnya sewaktu dia sakit.. Tapi, aku dah terlambat.
Terlambat utk buat semua tu...Dan aku hanya mampu mengirimkan doa buat Abah. Kalaulah dia masih ada, pasti dia banggan melihat anak2nya berjaya...

Kepada kinah, aku harap kau tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan. Ingatlah, bahawa setiap dugaaan pasti ada hikmah yang tersembunyi yang kita xtau...

Sunday, October 24, 2010

Sekudus Doaku

Tak layakkah aku dicintai dan menyintai orang yang aku cinta? Kenapa orang lain mudah mendapat cinta yang mereka idamkan selama ini? Kenapa aku susah sangat? Apa dosa aku? Kenapa Ya Allah kau menghukum aku sampai macam ni sekali??? Aku juga ingin bahagia dan gembira seperti hamba-hambaMu yang lain juga. Ya Allah, selama ini kau selalu memakbulkan doa dan impian aku..Kenapa kali ini kau tak makbulkan??? Apakah dengan cara aku menyintai manusia aku akan lupa dan lalai daripada mengingati dan menyintaiMu??? 

Ya Allah, anugerahkanlah cinta Azmin itu kepada aku...Kasihanilah aku kerana aku menyayangi dan mengasihinya. Ya Allah, aku hanya minta sedikit sahaja cinta dan kasih Azmin, dan selebihnya biarlah cinta dan kasihnya itu hanya kepadaMu Ya Allah..... Wahai Ya Allah, kuatkanlah Iman kami, Tetapkanlah Iman kami dan ampunkanlah kami jika kami leka dalam mengejar cinta dan kasih sayang hingga lalai dari mengingatiMu

Ya Allah, dekatkanlah hati kami, satukanlah hati kami, cambahkanlah perasaan kasih sayang di dalam hati kami..Ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sesungguhnya perasaan cinta dan sayang itu adalah hak milikMu yang kekal abadi. Anugerahkanlah perasaan itu kepada kami supaya kami dapat bersama dan dia dapat membimbingku ke jalan yang Engkau redhai.

Ya Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, dengarlah rayuan dan rintihan hatiku ini. Satukanlah Aku dan Azmin di dunia dan juga Akhirat...Aminnnn...YarabbalAlaminn..

Sebenarnya.....WAJIB BACA

Aku nak minta maaf kepada sesiapa yang terbaca blog aku dan juga Azmin. Aku minta maaf sebab blog aku ni seolah-olah menulis tentang keburukan dia. Bukan sebenarnya. Blog ni cuma luahan rasa kecewa dan derita aku dalam percintaan yang tak kesampaian. Kepada Azmin, kau cukup baik pada aku.. sangat penyabar dan sudi berkawan dengan aku. Aku sayangkan kau.. Kau terlalu istimewa untuk aku dan xda satu keburukan yang ada pada kau dimata aku...aku minta maaf jika blog aku ni mengaibkan kau.. Azmin,aku perlukan tempat untuk aku luahkan rasa kecewa aku. Aku bukan nak memburukkan kau. Aku kecewa sangat2 dan aku rasa dengan cara ini boleh buat aku rasa tenang dan bahagia...Maafkan aku min...

Kepada korang yang baca tu, tolong jangan buat andaian tanpa mengetahui kebenarannya...
Aku harap korg jgn salahkan Azmin..Blog ini hanyalah sekadar medium aku melepaskan rasa kecewa dan hati yang terluka....

Saturday, October 23, 2010

Peristiwa Di Pasar Malam


SABTU 3 APRIL 2010

Tadi aku g pasar mlm ngn kwn-kwn aku...bkn nak cter pasal pasar mlm tp nak cte pasal min. PASAL Azmin..lelaki yg aku dok puja siang dan malam, setiap detik, setiap saat aku sayang kat dia rupa2nya dah ada orang lain. Orang kelantan. Nama apa aku xtau sbb aku xberminat nak tau...aku doakan dorang berdua bahagia. Min, alangkah bagusnya kalau kau  tau mcm mana perasaan aku time tu..aku mcm nak pitam kalau xkuat semangat mmg aku tumbang kat pasar mlm tu..aku kecewa, putus asa semangat aku trus hilang... aku malas nak tulis lbh2 lagi coz aku mmg sedih. aku mls nak cter kat sapa2 sbb aku dah tau dah apa dorang akan kata 

“sabar la...berlambak lagi lelaki lain kat dunia nie..hang bleh cari orang lain yang
 lebih baik dari  Azmin  tu...k, sabar2 la....”

Ayat yang paling benci aku xnak dengar....mmg berlambak lagi orang lain kat luar sana.. mmg ada yang lebih baik lagi.tapi masalahnya aku nak Azmin. Pintu hati aku mmg terbuka luas untuk dia tp xsangka dia pilih orang lain..tadi aku msg pija, dia ckp semua ni salah aku sbb aku yang ska kat min. Min xpernah cakap dia ska kat aku..Cuma ska kawan ja.. ok find, semua ni salah aku...!!!!!! salah aku sbb aku suka kat min, aku ni xsedar diri, perasan lawa padahal orang tu langsung xpandang apa yang aku buat kat dia selama nie. Harapan aku setinggi langit akhirnya bila jatuh terjunam menyembah bumi trus xleh nak bangun...patutla apa yang aku buat langsung dia xhargai..xpernah ucapkan terima kasih pon..aku tau, aku selalu kacau hidup dia, menyusahkan dia, suka pinjam harta benda dia..Aku wat mcm tu sebab nak curi perhatian dia. Nak selalu dekat dengan dia....Sampai hati Min... Hancurkan harapan dan impian aku...Sampai hati Min...!!!!!

11 Febuari 2010 jam 11.54 mlm

Tarikh dan jam ni aku xkn lupa utk sepanjang hidup aku..Nak tau sebab apa???
Pada hari ini, jam ini, aku dengan beraninya berterus terang tentang perasaan aku kpd org yg aku cintai... 
Adakah aku dikira gila???hilang akal???buang tabiat n nak mampus ke???
Salah ke aku bgtau perasaan sebenar aku kepada org yang aku sayang??? Aku bgtau dia yang aku sayangkan dia lebih dari seorang kwn.. Sayang yang terlalu istimewa..Perasaan aku masa tu gembira sangat sebab dia respon tp dia xbg jwpn. Dia ckp nak kwn2 dulu...aku sangat gembira sebab aku masih diberi peluang utk bertakhta dihatinya. Mesej yang dia bg kat aku pun aku masih simpan lagi dalam hp aku...Aku rasa bila 14 febuary kot baru dia nak approve aku..So, aku kena sabar tunggu dia. 3 thn aku bleh tguu xkn 3 hari lagi aku xleh nak tunggu. Start pada mlm tu aku sering berdoa semoga Allah bukakan pintu hatinya, lembutkan hatinya utk menerima aku...Aku sangat gembira dan bahagia pada saat ini...Org yang aku maksudkan itu adalah AZMIN. 

Hari ni 14 Febuari 2010, aku tak terima sebarang mesej dari Azmin. Aku xkisah walaupun aku sedikit kecewa. Mungkin aku dan min perlu berkawan dan mengenali dgn lebih dekat lagi.. Tapi,hari tu dia ckp dia pun sayang kat aku. Mungkin min masih kecewa lagi sbb pernah putus ngn makwe dia dlu.. Biarlah.. Aku xkn paksa min. Aku sanggup tunggu min. Kalau dulu masa dia ada makwe aku masih menunggu cinta min, xkn sekarang min dah single aku xbleh nak tggu..Aku yakin, min pun cintakan aku sebagaimana aku cintakan dia.  Mungkin dia perlukan masa utk mengubati kesedihan yang dia alami dlu... Min, setiap hari aku berdoa semoga jodoh kau adalah dengan aku... Semoga Allah jodohkan kita di dunia dan juga akhirat. Aku nak tggu kau di depan pintu syurga nnt..Min, aku sayang sgt kat kau....

Valentine Day

14 FEBUARI 2010

Kalau nak diikutkan, hari ni Hari Kekasih…hehehehe..tp org kata xbaik kita dok meraikan.
Sbnrnya, xsalah kalau kita nak meraikan Hari Kekasih tp biarlah secara Islam. Allah xlarang manusia untuk berkasih-kasihan, bercinta dan saling sayang-menyayangi tp manusia yang salahgunakan. Contohnya, kalau kita nak kuar dating tu, pakai la pakaian yang menutup aurat kalau u all nak seksi pun biarla bertempat. Aku bg cth k..pompuan nak pakai jeans ketat, baju kena la labuh hingga bawah punggung. Tu kalau nak pakai seluar ketat. Kalau nak pakai baju ketat or pendek korg pakai la suar yg longgar and tudung yang labuh skit.mmg la aku xpernah kuar dating sbb aku ni xde pakwe tp aku selalu merayap n merayau dengan kwn2 aku so, mestila aku nak pakai seksi2 jgk (xseksi sgt pun sbb aku sedar aku ni gemuk). Kalau pakai tgn pendek plak korg pakai la inner kan nmpk cntk jgk…ok, sebelum aku terlupa haritu aku dgr ceramah ustazah Nor Bahiyah SEMANIS KURMA  kat my favourite tv iaitu TV9 DEKAT DIHATI tajuknya “Gejala Buang Anak” dan tetamu jemputan plak ialah Penaung Rumah Kebajikan PEWAJA (Persatuan Wanita-Wanita Teraniaya). Kata tetamu jemputan tu……

“SEORG LELAKI YG BAIK, BERIMAN,  BERTGGJWB DAN JUJUR TAKKAN MENGAJAK PEREMPUAN @ KEKASIHNYA MELAKUKAN MAKSIAT”

Tetamu tu ulang banyak kali perkataan kat atas sbb tu aku highlight utk korg yg terbaca blog aku…Dia ckp gejala buang anak tu dah jadi mcm bencana kat negara kita. Korg xtgk ke bulletin utama td ade berita pasal psgn2 yg kena tgkp khalwat. Nauzubillahhiminzaliq minta dijauhkan daripada aku…Berbalik pd kisah dating td, aku sbnrnya xpernah g dating pun. Hehehe..ckp je pandai. Aku blom berpunya lg la..Kalau kwn lelaki mmg berlambak la sampai xterkira. Semua kwn2 lelaki aku tu nak kata xde rupa, semuanya ok…hensem dan ada yg terlebih hensem pun ada. Tp mslhnya aku yg xberminat kat dorg.Ade gak kwn2 aku knlkn utk aku tp semuanya aku tolak padahal dorg tu just nk berkawan je..Pintu hati xterbuka lg kot.. Biarla dulu..biar masa menjadi pengubat segala kedukaan lalu….Ceeewwaaahhh… Jiwang nak mampush. Hello, aku ambk minor BM, so aku ade hak nak mengembangkan bahasa aku. Aku xbrapa minat Kursus major aku iaitu PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DAN PERDAGANGAN sbb aku lbh minta kpd bahasa dan kesusasteraan. Xpe, Allah lbh mengetahui segalanya dan hanya Dia yg tau apa yg terbaik utk aku. Mana tau kot2 aku bertemu jodoh ngn bdk kelas aku ker????hehehehehe…sapa tau Tuhan punya kuasa.
Hehehehehehe..dalam maknanya tu..pada mereka2 yg tau je yg dpt fhm mksd yg tersirat disebalik kata2 aku…sesuai dengan lagu yg sedang aku dgr sekarang ini iaitu Suaraku Berharap nyanyian drpd kump Hijau Daun. Hehehehehehe…semoga Allah mendengar doaku setiap hari“SEORG LELAKI YG BAIK, BERIMAN,  BERTGGJWB DAN JUJUR TAKKAN MENGAJAK PEREMPUAN @ KEKASIHNYA MELAKUKAN MAKSIAT”. Ada ke lelaki beriman zaman sekarang ni ye???pada mereka yg dpt lelaki yg beriman tu korg bersyukur la…. Aku ni msh mencari lg..hrp2 jumpa la secepat mungkin. Hehehe..nak kata xjumpa tu xboleh la sbb aku rasa cm dah jumpa cuma…biasa la kami dok bljr lg kot..ntah2 aku je yg syok sendiri.. NO KOMEN lagi

Kisah Pertama

9 FEBUARI 2010

Aku mentari tapi tak menghangatkanmu ..
Aku pelangi tak memberi warnakan hidupmu
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Akulah bintang yang hilang ditelan kegelapan..

Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sedarkah kau telah menyakitiku…
Walau hati ini telah menyakinkanmu
Cinta ini membunuhku…

Sedihnya…segala kebaikan yang aku buat langsung xdihargai..
Kenapa????apa salah dan dosa masa lalu yang aku dah buat sampai macam ni balasan yang sedang aku terima..
Bila aku rasa bahagia tu nak datang dalam hidup aku mesti xsampai dekat dengan aku. Just hanya lalu depan aku dan terus hilang mcm tu jer. Kalau korang jadi aku mesti korang sedih jgk. Kenapa kasih sayang yang aku bagi selama ni langsung xdihargai. Aku bagi kasih sayang aku bkn bagi benda yang xelok..nak belanja makan duit xcukup, nak bagi hadiah xtau apa yang orang ska. Nanti kalau tersalah bagi kalau xske bolah menyakitkan hati orang plak.
kasih sayang tu benda yang terlalu abstrak..yang xboleh ditunjuk dan dilihat dengan mata kasar..Aku sayang ikhlas xminta balasan apa2 pun. Kalau xsyg aku pon xpe..tp jgn tunjuk yang korang benci or xsyg aku. Sejak akhir2 ni aku sensitif skit…mudah terasa, mudah tersinggung…mungkin kat luaran korg nmpk aku happy, nampak garang, nampak ceria tp dalam hati korang xtau even kwn2 baik aku sendiri pun xtau..Memang hidup ini memerlukan duit tp xsemua benda boleh dibeli dengan duit..Bagi aku sekarang kecantikan, rupa paras tu boleh dibeli..tp budi pekerti, akhlak yang mulia, perangai sbnr kita…korang sanggup ke jd hipokrit sampai bla2??mmg susah nak cr orang yang boleh terima diri dan perangai kita seratus peratus..tp korg kena ingat, kita ni manusia. NOBODY yang Allah ciptakan kat dunia ni PERFECT. Kalau kita sayangkan seseorang kita perlu terima perangai dia seadanya. Dia pun kenala terima kita jgk. Aku nak ckp kat sini, kalau korang sayang kat sape2 n kalau xpandai langsung nak ambk hati dia at least korang try la jaga hati dia..even korg xboleh balas cinta dia pun korang tlgla jaga hati sbb kalau dah terluka, kecewa, lama kelamaan kasih sayang tu akan pudar n lama2 akan hilang..time tu kalau korang sedar yang korang cintakan orang tu dah xmemberi apa2 makna lagi sbb perasaan cinta dan sayang tu dah hilang Hargai la apa org buat untuk kita walaupun kita xske jgn menzahirkan melalui kata2 atau perbuatan. Korang pikir la at least ada jgk orang yg nak menghiburkan kita wlpn kita xske kdg2 ble kita dok sorg2 terkenang balik perkara2 tu maybe kita akan tersenyum. Senyuman tu sangat berharga..lps korg senyum atau gelak ketawa tu mesti korg xpikir balik sape yg sbnrnya yang wat korg gelak ketawa dan senyum tu..Kpd kaum lelaki aku nak bgtau korg hati pompuan ni lembut sgt mcm kapas sutera. Korg jgnla guriskan dengan perbuatan korg yang boleh melukakan hatinya k….  

Friday, October 22, 2010

Kisah-kisah lama UPSI 2007


Penghujung sem 7. Tinggal beberapa hari saja lagi aku akan meninggalkan alam kampus dan zaman belajar. Apa perasaan aku???? Sedihkah aku?atau pura-pura sedih?? Sebenarnya aku terlalu sedih sebab :

(i)                 Nak tinggalkan kwn mcm yana, sue, ema, lili, lala, wani, mar, dan kwn2 AT45 yang sentiasa menyayangi aku dan menyokong aku dalam apa keadaan sekalipun.
(ii)               Nak tinggalkan seseorang yang paling aku sayang...walaupun dia xsayang dan cintakan aku macam aku sayang dan cintakan dia.
(iii)             Sebab aku xdpt memiliki cinta dan hatinya....

Kisah perkenalan kami bermula pada tahun 2007, dan aku xsangka dalam banyak2 org dia yang mencuri perhatian aku. Masa tu, dia pakai baju kemeja petak2 warna merah. Aku xtau la apa yang istimewa sangat dia tu...tapi masa tu aku xnak pikir lagi pasal cinta dan perasaan sebab masa tu fikiran aku hanya pada pelajaran aku dan harapan mak yang nak sangat anak dia jadi cikgu. Cita-cita aku pun memang nak jadi cikgu dan aku xsangka Allah makbulkan cita-cita dan impian aku. Dari situ, aku dan dia berkenalan sebagai kawan. Sebagai kawan biasa dan berkawan rapat sebab aku suka mengusik dan mengganggu kehidupan dia. Ketika jari-jemari aku ini sedang menari menaip kisah-kisah yang membahagiakan ini, bibir dan hati kecilku mengukir senyum. Indahnya saat itu dan kalau boleh kehidupan ini diputar kembali. Bagaimana aku berkenalan dgn yana iaitu room mate aku, sue, ema, mas dan zaza merangkap house mate. Berjalan beramai-ramai pergi ke tasik proton City, ambil angin dan bergurau senda sambil menolak antara satu sama lain. Berjalan pulang sewaktu senja merah berarak di langit yang pada mulanya warna biru, bersama burung-burung yang menyanyi-nyanyi pulang ke sarang. Begitu juga kami berenam yang suka menyanyi dan melalak di tengah-tengah malam tanpa menghiraukan jiran-jiran di sebelah. Andai dapat ku putar kembali agar dapat ku kukuhkan hubungan yang semakin renggang. I Miss U zazaliza....Kwn yang selalu sibuk dengan kerja-kerja seni, animasi, melukis dan mewarna...
Juga kisah-kisah rakan sekelas iaitu Nurul Hidayah, Norasyikin, aku, sue, yana, ema dan yah. Kami didenda oleh OJ sebab datang lambat. Walaupun itu semua bukan salah kami... semua tu masih tersemat dalam memori aku sampai sekarang.
Perkenalan aku dengan wan Besut iaitu sewaktu aku dan dia satu kelas CE..kami sesat sewaktu mencari kelas. Masa tu dia, hasnan dan moses kot...itu saja yang aku dapat tulis pasal dia sbb masa tu aku malas nak pikir pasal dia walaupun dia lah yang paling hensem aku rasa dalam kelas tu.. Tapi, maaf la wan besut sebab hati aku dh dicuri oleh orang lain sebelum kamu...hehehehehe..Indahnya saat perkenalan kita semua walaupun masa tu masing-masing belum mengenali hati dan budi antara satu sama lain. Azmin...kenapa aku xda cerita tentang dia?????ada la kat atas tu...cuba korg baca balik..kalau sapa2 yang pandai mesti dia faham cerita pasal azmin di bahagian mna...Sedihnya nak tinggalkan korang semua AT 45...