Saturday, November 27, 2010

Kisah Mawar Berapi saat ini.

Mawar Berapi....nama saja menakutkan. Kita boleh menilai seseorang melalui nama. Berapi atau Api selalunya dikaitkan dengan erti kuat, bersemangat, berkobar-kobar, tak mudah jatuh atau tumbang bila cubaan dan dugaan datang melanda jiwa dan minda. Tetapi, Mawar Berapi iaitu penulis blog ini bukanlah gah seperti nama yang diberi. Dia merupakan  seorang gadis yang lemah, air matanya sentiasa menemani sepanjang kehidupannya hingga ke saat ini air mata yang sering mengalir tidah pernah kering menyusuri wajah-wajah dan hati-hati dukanya. Kelukaan-kelukaan sering berdamping dengannya saban malam yang sunyi. Tangisan-tangisan dukanya itu hanya didengari oleh sang cengkerik yang tidak memahami maksud di sebalik tangisan itu.. Pada saat ini, jari-jemari tidak mampu untuk mengetuk keyboard laptop kerana di kepala dan mindanya penuh sarat dengan awan kelam kekecewaan dek cinta seseorang yang tak mampu atau tak layak dimiliki.

Saturday, November 20, 2010

Saje je..

Assalamualaikum...
apa khabar semua agaknya...dan juga apa khabar blog aku hari ini???
sorry la sebab dah lama tak post apa2 kat blog ni. semuanya sebab terlalu bz dgn urusan lain.
Tapi, itu tak bermakna aku juga melupakan blog aku ini. Sebenarnya, banyak kisah-kisah yang ingin aku tulis kat blog ni tetapi buat masa sekarang perlu dilupakan terlebih dahulu. Kena bagi laluan kepada minggu2 peperiksaan akhir aku sebagai seorang mahasiswa. hehehehe