Tuesday, December 14, 2010

R.I.N.D.U


Aku rindukan Azmin...Tapi, pada siapa yang harusku khabarkan tentang kerinduan ini? Sejak akhir-akhir ini hatiku menjadi terlalu sayu, terlalu hiba dan terlalu kosong. Teringin sangat nak berjumpa dengan Azmin. Nak pandang dan tatap wajahnya puas-puas dan selama-lamanya. Hatiku terdetik untuk menghubungi Azmin tp apa yang nak dicakapkan lagi? Apa yang nak dikhabarkan lagi? Min dah bg kata putus. Min dah ada orang lain. Aku plak sedang senyum duka melihat orang-orang yang aku sayang sedang hidup bahagia sedangkan semua itu hanyalah lakonan semata-mata. Aku mengaku, aku dah cuba sedaya-upaya untuk lupakan Azmin tp sangat payah untuk melupakannya. Dia cukup istimewa untuk aku. Aku sayangkan dia. Hanya Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang berlaku dihatiku ini. Aku pura-pura gembira, pura-pura bahagia padahal hatiku sangat terluka. Aku mengaku Ya Allah, aku sering melupakanMu. Tapi, inikah balasan yang harus kuterima? Dulu, aku selalu bangun tengah malam untuk berdoa. Memohon kepadaMu supaya dekatkan hubunganku dengan Azmin. Tapi sejak aku mendapat jawapan dari Min, aku merasakan seolah-olah, doaku ditolak. Sejak itu, aku berpura-pura berputus asa sedangkan bila aku solat, aku tetap berdoa supaya Kau dekatkan hubungan aku dengan Min. Aku mungkin dapat menipu orang lain yang aku sudah cuba melupakan Min tapi, aku tak dapat menipu diriku sendiri dan juga diriMu Ya Allah yang sebenarnya aku tak pernah cuba untuk melupakan Min. Sebenarnya aku xpernah lupa untuk berdoa supaya engkau sentiasa menjodohkan aku dengan Azmin di dunia hingga akhirat. Kadang-kadang aku terfikir tentang kata-kata Nadia, kawan baik aku. Perkahwinan adalah satu pertaruhan sama ada bahagia atau derita. Mungkin sekarang aku nampak Min sangat sempurna, sangat istimewa walhal itu hanyalah luaran semata-mata. Mungkin bila aku kahwin dengan Min, segala kelemahan dia aku akan nampak. Aku cuba pegang kata-kata itu supaya dapat memujuk hati ini untuk terus melupakan Azmin. Namun, semakin hari aku semakin rindu padanya. Inilah ujian yang Allah berikan kepadaku namun, aku xsanggup nak menghadapinya lagi. Aku sangat dahagakan kasih sayang Azmin. I Need him in my life. I love him so much for the rest of my life. I love him. Aku teringin nak cakap pada min tiap-tiap hari yang aku sayang kat min. I Love you. Sayang aku semakin bertambah dan semakin kuat bila aku menjadi salah seorang daripada orang yang mengaminkan doa yang selalu dia baca. Setiap doa yang Min baca penuh dengan pengharapan, penuh dengan rendah diri dan sentiasa berserah nasibnya hanya kepada Allah. Bukan paras rupa min yang menjadi igauan aku tapi sifat sabar, penyayang dan merendah dirinya yang membuatkan hatiku terpaut. Aku suka dengar Min baca doa. Pernahkah Min berdoa supaya aku sentiasa bahagia? Ingatkah Min dekat aku semasa dia berdoa? Hanya dia yang boleh jawab soalan ni. Mungkin dia xingat sebab dia xsayangkan aku macam aku sayangkan dia. Min xpandang aku sebelah mata pun. Dia xhargai kasih dan cinta aku. Aku redha dengan ikhlasnya melepaskan Min dan akn terus cuba melupakan Min. Tapi sesungguhnya, aku masih berharap yang satu hari nanti aku akan bertemu semula dengan Min dan masa tu aku harap pintu hati Min terbuka untuk aku. Itulah harapan dan impian aku selepas ini.

Thursday, December 9, 2010

hilangkan deritaku jauh di dada langit biru...



Ya Allah ya Tuhanku,
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami di antara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, maka bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya, sebagaimana telah Engkau ciptakan aku, supaya Dia menerima segala kekuranganku. Engkau titipkanlah kerinduan di antara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.

Ya Allah yang maha pengasih,
Sekiranya dia bukan pemilik rusukku, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.

Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirannya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.

Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.

Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu... 
 Amin

Thursday, December 2, 2010

Lara yang semakin tak tertanggung

kecewa apabila putus cinta. Tapi, lagi kecewa tatkala cinta yang diinginkan ditolak begitu sahaja. tanpa dikenali, tanpa diberi peluang untuk merasai dan dirasai. Kenapa insan sepertiku ini langsung tak diberikan peluang? sangat sedih dan sangat kecewa. Tiada lagi air mata yang sering mengalir kerana apabila terlalu kecewa hanya hati yang akan menangis. Tolonglah aku wahai Ya Allah..Janganlah aku diuji dan terus diuji