Monday, October 25, 2010

Kehilangan Insan yang disayangi

Assalamualaikum semua yang membaca blog...
Hari ini merupakan hari yang paling sedih buat kawan baik aku iaitu Shakinah Kamaruddin sebab baru sahaja kehilangan ibu tersayang.. Aku harap kinah sabar dalam menempuh dugaan dan ujian ini. 
Aku juga pernah merasainya suatu ketika dulu iaitu saat kematian abah. sedih bila kenangkan penderitaan yang ditanggung selama bertahun-tahun dan pada tahun 2004 sakit abah sampai ke kemuncak hingga dia menghembuskan nafas terakhir.
Kalaulah aku tau yang dia akan pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya, tentu aku akan menemaninya setiap masa di hospital. Aku akan terus bersabar dengan karenahnya sewaktu dia sakit.. Tapi, aku dah terlambat.
Terlambat utk buat semua tu...Dan aku hanya mampu mengirimkan doa buat Abah. Kalaulah dia masih ada, pasti dia banggan melihat anak2nya berjaya...

Kepada kinah, aku harap kau tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan. Ingatlah, bahawa setiap dugaaan pasti ada hikmah yang tersembunyi yang kita xtau...

No comments: