Friday, October 22, 2010

Kisah-kisah lama UPSI 2007


Penghujung sem 7. Tinggal beberapa hari saja lagi aku akan meninggalkan alam kampus dan zaman belajar. Apa perasaan aku???? Sedihkah aku?atau pura-pura sedih?? Sebenarnya aku terlalu sedih sebab :

(i)                 Nak tinggalkan kwn mcm yana, sue, ema, lili, lala, wani, mar, dan kwn2 AT45 yang sentiasa menyayangi aku dan menyokong aku dalam apa keadaan sekalipun.
(ii)               Nak tinggalkan seseorang yang paling aku sayang...walaupun dia xsayang dan cintakan aku macam aku sayang dan cintakan dia.
(iii)             Sebab aku xdpt memiliki cinta dan hatinya....

Kisah perkenalan kami bermula pada tahun 2007, dan aku xsangka dalam banyak2 org dia yang mencuri perhatian aku. Masa tu, dia pakai baju kemeja petak2 warna merah. Aku xtau la apa yang istimewa sangat dia tu...tapi masa tu aku xnak pikir lagi pasal cinta dan perasaan sebab masa tu fikiran aku hanya pada pelajaran aku dan harapan mak yang nak sangat anak dia jadi cikgu. Cita-cita aku pun memang nak jadi cikgu dan aku xsangka Allah makbulkan cita-cita dan impian aku. Dari situ, aku dan dia berkenalan sebagai kawan. Sebagai kawan biasa dan berkawan rapat sebab aku suka mengusik dan mengganggu kehidupan dia. Ketika jari-jemari aku ini sedang menari menaip kisah-kisah yang membahagiakan ini, bibir dan hati kecilku mengukir senyum. Indahnya saat itu dan kalau boleh kehidupan ini diputar kembali. Bagaimana aku berkenalan dgn yana iaitu room mate aku, sue, ema, mas dan zaza merangkap house mate. Berjalan beramai-ramai pergi ke tasik proton City, ambil angin dan bergurau senda sambil menolak antara satu sama lain. Berjalan pulang sewaktu senja merah berarak di langit yang pada mulanya warna biru, bersama burung-burung yang menyanyi-nyanyi pulang ke sarang. Begitu juga kami berenam yang suka menyanyi dan melalak di tengah-tengah malam tanpa menghiraukan jiran-jiran di sebelah. Andai dapat ku putar kembali agar dapat ku kukuhkan hubungan yang semakin renggang. I Miss U zazaliza....Kwn yang selalu sibuk dengan kerja-kerja seni, animasi, melukis dan mewarna...
Juga kisah-kisah rakan sekelas iaitu Nurul Hidayah, Norasyikin, aku, sue, yana, ema dan yah. Kami didenda oleh OJ sebab datang lambat. Walaupun itu semua bukan salah kami... semua tu masih tersemat dalam memori aku sampai sekarang.
Perkenalan aku dengan wan Besut iaitu sewaktu aku dan dia satu kelas CE..kami sesat sewaktu mencari kelas. Masa tu dia, hasnan dan moses kot...itu saja yang aku dapat tulis pasal dia sbb masa tu aku malas nak pikir pasal dia walaupun dia lah yang paling hensem aku rasa dalam kelas tu.. Tapi, maaf la wan besut sebab hati aku dh dicuri oleh orang lain sebelum kamu...hehehehehe..Indahnya saat perkenalan kita semua walaupun masa tu masing-masing belum mengenali hati dan budi antara satu sama lain. Azmin...kenapa aku xda cerita tentang dia?????ada la kat atas tu...cuba korg baca balik..kalau sapa2 yang pandai mesti dia faham cerita pasal azmin di bahagian mna...Sedihnya nak tinggalkan korang semua AT 45...

No comments: