Thursday, October 28, 2010

Taklimat Praktikum

Hari ni ada taklimat praktikum yang disampaikan oleh Dr Zahari. Best sgt dengan lawak2 dia tu.. Maybe hari ni hari last aku jumpa Min sebab lepas ni dah cuti..Apa perasaan aku??? Sebenarnya aku sedih sebab tak dapat memiliki hatinya.Aku dah berputus asa. Aku dah berputus harapan padanya. Sekarang hati aku yang sedang menderita. Xda siapa nak tolong aku.

"Ya Allah, bantulah aku..Hanya kepadaMu tempat aku memohon pertolongan. Sesungguhnya aku sangat terdesak. Masa aku dah singkat sebab kami akan tamat pengajian, Lepas ni aku dah takkan jumpa Min lagi. "

Memang aku sedang cuba yakinkan hati aku ni yang Min tu bukan jodok aku.. Bukan diciptakan untuk aku. Min xpernah suka dan cintakan aku, Min xsayang aku..Aku memang nak lupakan dia tapi susah..susah sangat. Setiap kali aku cuba nak lupakan dia hati aku jadi sebak, perasaan aku xtenang...
Aku akan terus cuba lupakan Min..memang aku dengan dia xda harapan. Perlu ke aku pi jumpa Min? aku takut. aku pasti aku akan menangis sepuas-puasnya dan paksa dia terima aku. Aku nak sangat jumpa Min, tapi nak cakap apa..dia mesti tak layan aku. Ntah2 dia bawak makwe dia jumpa aku sekali...Lepas ni aku xnak suka atau minat sape2 lagi..aku xnak hati aku terus dikecewakan. Aku tau aku xlayak buat sapa2.  Buruknya aku ni sampai xda orang yang suka..xpa la, sekurang-kurangnya aku ada kerjaya sendiri nnt. Tapi hati aku mesti sedih tgk kawan-kawan lain ada suami, ada anak, hidup bahagia dan dipenuhi dengan kasih sayang. Tapi aku hidup keseorangan. Mmg mati nnt kita akan keseorangan tp sebelum mati aku pun nak mengecapi kehidupan bahagia jugak. Aku dah menjadi seorang anak, aku dah menjadi seorang pelajar, aku dah menjadi seorang mahasiswa dan
aku bakal menjadi serang graduan Universiti Awam
aku bakal menjadi seorang guru
Aku pun teringin jgk nak jadi :
seorang kekasih kepada insan yang aku cintai
seorang isteri kepada insan yang aku cintai
seorang ibu kepada anak-anak suami aku nnt.
Aku pun nak hidup bahagia mcm org lain jgk..
mak aku mesti nak tgk aku bahagia..Takkan dia xteringin nak tgk aku kawen? xkan dia tak teringin nak wat kenduri kat umah dia...
Boleh ke aku gapai semua impian aku ye...???
nak je aku bgtau kat mak yang xda org pun sudi kat anak dia nie..mesti dia sedih kalau dia tau anak dia selama ni menyembunyikan kesedihan dan kekecewaan yang dialami.
Aku nak lauhkan segalanya tapi xtau pada siapa..
Kalau masa arwah abah tgh sakit teruk dulu nak je aku peluk dia kuat2 n nangis kat bahu dia supaya segala penderitaan, kekecewaan, dan kesedihan aku dapat dikurangkan.

"Ya Allah, bantulah aku memenangi hati Azmin. Engkau yang Maha Berkuasa ke atas semua makhluk di muka bumi ini."

No comments: